Borang rentas negeri disalah guna, polis syak terdapat pemalsuan tandatangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan akan foto borang rentas negeri yang telah dicop pihak polis meskipun belum dilengkapkan.

Sehubungan dengan itu, Polis Daerah Chukai memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung kes pemalsuan tandatangan pegawai polis berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Superintendan Hanyan Ramlan, pihaknya turut menafikan kononnya terdapat prosedur operasi standard (SOP) baharu dikeluarkan polis iaitu lulus dahulu baru isi borang untuk tujuan rentas negeri sebagaimana yang dinyatakan bersama borang kosong berkenaan.

"Borang rentas negeri kosong milik Balai Polis (BP) Chukai yang lengkap bertandatangan Ketua BP Chukai ditularkan di media sosial dengan tulisan "DAPAT INFO SOP TERBARU IALAH APPROVE DULU BARU ISI FORM."

"Saya menafikan dan maklumat itu palsu kerana polis tidak pernah mengeluarkan sebarang SOP baru rentas negeri sebagaimana yang didakwa.

"Siasatan awal yang dijalankan juga mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua BP Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang berkenaan," katanya.

Difahamkan borang berkenaan dikeluarkan kepada seorang perempuan Melayu untuk merentas negeri kerana mahu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri temu duga yang dijadualkan pada hari ini.

Hanyan berkata, satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen