Gara-gara selipar Neelofa teruk dikecam, rupanya mesra muslimah berstokin

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekali lagi mencetuskan kontroversi, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa apabila telah melancarkan satu produk yang diuar-uarkan sebagai ‘Muslim friendly’.

Difahamkan, Neelofa yang juga pengasas aplikasi TheNoor telah berkobularasi dengan satu jenama selipar terkenal iaitu Fipper Slipper untuk mengeluarkan produk tersebut.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian netizen malah usahawan berusia 32 tahun turut mendapat pelbagai kecaman.

Fipper mohon maaf

Tidak mahu terus dihurung kontroversi, pihak Fipper Slipper telah tampil memohon maaf diatas kekeliruan tersebut dan menjelaskan maksud sebenar dengan perkataan ‘muslim friendly’ di ruangan Instagramnya.

Mesra muslimah berstokin

Berdasarkan penjelasan pihak Fipper dan TheNoor, selipar tersebut dikategorikan sebagai ‘muslim friendly’ kerana sesuai digunakan untuk Muslimah yang memakai stokin. Ia juga dijelaskan dalam press release yang dilakukan sebelum ini.

Terdahulu, Neelofa teruk dikecam netizen yang mendakwa menggunakan agama melariskan produk disebabkan usahasama Fipper dan TheNoor yang mengeluarkan selipar yang dimaklumkkan sebagai mesra Muslim.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen