Tak bayar sewa 3 bulan, tuan rumah pula kena 'kurung' dengan penyewa

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah antara penyewa dan pemilik rumah sememangnya kerap berlaku. Ada sahaja cerita yang tidak enak berkenaan penyewa terutama tidak menjaga keadaan rumah ataupun sengaja lewat membayar sewa.

Baru-baru ini tular pula seorang pemilik rumah dikurung oleh penyewa di rumah miliknya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTik dikenali sebagai Kamil Hakimi telah berkongsi keadaan seorang wanita yang dianiya penyawa rumahnya apabila menukar mangga rumah menyebabkan pemilik tersebut terkurung.

3 bulan tak bayar sewa

Menurut wanita yang mengakui sebagai pemilik rumah berkenaan, dia mengatakan bahawa penyewa tersebut sudah tiga bulan tidak membayar sewa.

Bagaimanapun, dia masih tinggal bersamanya di dalam rumah tersebut kerana menyewa salah satu bilik di dalam kediaman itu menyebabkan wanita berkenaan terpaksa mengambil keputusan menukar mangga baru sebagai amaran buat penyewa.

Tukar mangga senyap-senyap

Jelasnya lagi, mangga tersebut ditukar tanpa di sedar berkemungkinan pada waktu malam semasa penghuni sedang tidur.

Disebabkan itu, pemilik rumah telah terkurung di dalam rumah tersebut dan terpaksa menghubungi pihak bomba bagi memecahkan mangga untk membolehkan keluar.

“Dia yang tak bayar sewa”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geram akan tindakan penyewa berkenaan malah turut mengakui bahawa wujud sahaja orang seperti ini meskipun tahu dirinya yang salah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen