Suami minta izin kahwin lain, wajah isteri sayu suap makanan

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercakap mengenai poligami tentu akan menguris hati para isteri. Meskipun sunnah dan dibenarkan dalam Islam namun bukan semua isteri boleh terima hidup bermadu.

Bagi orang lelaki pula, nak bermadu memang seronok tapi segelintir sampai lupa tanggungjawab yang sepatutnya.

Lelaki minta izin kahwin lain

Tular satu video di TikTok apabila seorang lelaki dikatakan sedang cuba memujuk dan menyakinkan isterinya agar memberi izin dirinya untuk berkahwin lain.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat lelaki dikenali sebagai @ainaljulung itu membawa si isteri makan di restoran dengan porsi makanan yang agak banyak.

Wajah isteri sayu

Bagaimanapun, dapat dilihat isterinya makan dengan penuh berselera meskipun wajahnya kelihatan agak sayu.

Lelaki tersebut juga menulis kapsyen berharap agar ada berita gembira selepas memberitahu hasrat kepada isteri.

“Semoga ada berita gembira selepas ini,” tulisnya di ruang kapsyen.

“Cermin diri dulu”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan tindakan lelaki berkenaan malah turut menyifatkan lelaki tersebut seperti tidak menghargai isterinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen