Berang anak dicabul ustaz, penduduk kampung bakar tempat mengaji

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang guru mengaji terpaksa menanggung padah apabila didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang murid, di Garut, Indonesia.

Menerusi laporan news.detik, kejadian tersebut telah membuat penduduk kampung berang lalu mengambil keputusan membakar tempat mengaji tersebut.

Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis, Muslih Hidayat, kejadian itu dilakukan oleh warga setempat secara tidak sengaja kerana begitu marah dengan tindakan ustaz tersebut.

“Warga setempat kesal dengan tindakan ustaz yang didakwa melakukan keganasan seksual terhadap seorang murid,” ujarnya.

Katanya, hasil siasatan mendapati ibu bapa kepada mangsa mendakwa anaknya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang ustaz.

“Sebenarnya, penduduk di sini dah lama curiga dengan ustaz itu,” tambahnya.

Difahamkan sehingga kini pihak polis masih lagi menyiasat akan kejadian tersebut dan mangsa juga telah disoal siasat selain turut mencari indvidu yang bertanggung jawab akan kebakaran tersebut.

Walau bagaimanapun, ustaz yang didakwa melakukan gangguan seksual itu melarikan diri dan sedang dicari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen