Kongsi rezeki di hari ulang tahun, MUA Bellaz edar karipap buatan sendiri untuk ibu hamil

Nama MUA Bellaz amat dikenali dalam kalangan wanita yang gemarkan dunia solekan. Selain berjaya dalam perniagaan, Bellaz juga dikenali dengan sifat rendah dirinya membuatkan dia amat disenangi dalam kelangan peminat.

Sebelum ini tular di media sosial apabila dia menawarkan diri untuk menaja seorang pengantin yang dianiaya oleh jurusolek di hari bahagianya dan kini, Bellaz memberi satu lagi kejutan di hari ulang tahun kelahirannya apabila dia ingin memberi karipap frozen buatannya secara percuma kepada ibu mengandung.

Khabar gembira itu telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya dan dapat dilihat usaha murninya itu turut dibantu oleh suami tercinta dan beberapa orang kenalannya juga sehingga terpaksa berjaga hingga lewat pagi.

 

 

 

"Insya Allah saya buat dengan tulus ikhlas hati saya demi Allah ikhlas dari kami berdua untuk ibu-ibu hamil yang teringin nak rasa karipap pusing muabellaz akan diedarkan secara percuma."

Perkongsian MUA Bellaz di Instagram meraih lebih 24ribu tanda suka dan ruangan komen juga turut dibanjiri dengan doa-doa peminat di hari ulang tahun kelahirannya selain ucapan Selamat Hari Jadi.

'Selamat ulang tahun'

'Moga dimurahkan rezeki'

 

'Mesti sedap'

 

 

Anda masih keseorangan?

895,409 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen