Pilih 'photoshoot' dalam air terjun, pengantin sanggup 'berendam' demi gambar kahwin

Nak gambar kahwin yang menarik tentunya perlukan idea kreatif jurugambar selain memilih kawasan yang sesuai untuk melakukan photoshoot.

Baru-baru ini tular di media sosial hasil seorang fotografi yang dikenali Azyan Syazwani Rozik memuat naik pasangan pengantin berendam di dalam air bersama busana pengantin berona putih.

Tampil elemen semulajadi

Menerusi laporan mStar Online, proses photoshoot tersebut mengambil masa lebih kurang dua jam sahaja.

“Kami shoot di Sungai Gabai. Mereka sebenarnya baru berkahwin tetapi tak buat majlis, hanya akad nikah sahaja.

“Kemudian mereka cari saya untuk soot gambar, saya cadangkan buat photoshoot post wedding di air terjun dengan baju pengantin.

“Mula-mula mereka segan, tapi saya yakinkan sebelum mereka bersetuju untuk ikuti sesi itu,” jelasnya.

Menurut jurugambar dari Pasir Mas, Kelantan itu, dia mahu menampilkan elemen alam semula jadi dalam potret bahagia pasangan berkenaan.

Banyak cabaran

Tambahnya, dia gembira segala rancangan membuahkan hasil meskipun terpaksa lalui beberapa cabaran.

“Sebelum ia dimulakan, saya dah pesan kepada pengantin megenai kemungkinan mereka perlu terjun dalam air. Jadi mereka pun bawa pakaian tambahan.

“Kebetulan ketika itu baru lepas hujan. Saya sendiri masuk dalam air sehingga paras dada. Angkat tangan tinggi, kena berhati-hati 200 peratus sebab nak selamatkan kamera.

“Saya pun pernah ke lokasi itu sebelum ini, jadi saya tahu bagaimana keadaannya. Antara cabaran batu agak licin. Kalau jatuh, kita yang sakit.

“Kemudian risau juga kalau tiba-tiba hujan. Takut juga ada kepada air. Tapi bila tengok keadaan bersesuaian dan cuaca makin cerah, kami teruskan,” katanya.

Pengantin berpuas hati

Jelasnya, sebelum masuk dia juga bertanya banyak kali kepada pengantin namun mereka mengatakan sekali seumur hidup baik terus buat.

“Sebelum masuk, saya tanya pengantin banyak kali... nak ke tak nak? Mereka kata, sekali seumur hidup, alang-alang dah datang, baik buat terus,” ujarnya.

Azyan juga meluahkan rasa syukur apabuila pasangan itu gembira akan hasil fotografi berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

884,287 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen