"Banyak lagi faktor lain..."-Risteena dan Isa Khan ulas isu jadi punca rentas negeri diperketatkan

Sejak kebelakangan ini, orang ramai mula saling menyalahkan selebriti dan instafamous susulan keputusan PDRM kini telah memperketatkan semula kebenaran merentas negeri apabila didapati ada dalam kalangan mereka ini didapati telah menyalah gunakan kebenaran yang diberi oleh pihak polis .

Hal ini mula timbul apabila selebriti dan instafamous mengambil peluang yang diberikan untuk rentas negeri atas urusan kerja sambil bercuti apabila mereka memuat naik beberapa gambar yang menyebabkan orang ramai mula membuat spekulasi sendiri dan antara selebriti yang pernah terpalit dengan isu tersebut adalah Risteena Munim dan suaminya iaitu Isa Khan.

Risteena ulas isu salah gunakan kebenaran rentas negeri

Dalam satu kenyataan, Risteena telah mengulas lebih lanjut berkaitan isu dia suami dikatan sambil menyelam minum air apabila warganet mendapati tujuan utama mereka ke sana bukanlah atas urusan kerja semata-mata.

"Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain."

-Risteena-

Polis sendiri sudah sahkan tujuan sebenar

Di samping itu, Risteena turut mensahihkan tentang kenyataannya apabila tujuan dia ke Semporna bulan lalu memang benar atas urusan keran dan pihak polis juga sudah mengesahkan perkara tersebut.

"Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan kami ke sana atas urusan kerja."

"Kami tidak ke mana-mana dan bukannya sambil menyelam minum aor. Di situ kami selesaikan kerja dan makan. Kebetulan orang tengok kami di tempat itu. Kenapa benda itu nak dikaitkan dengan kami lagi."

-Risteena-

'Bukan kami puncanya'

Selain itu, Isa Khan turut tidak mendiamkan diri di atas pertuduhan wargamaya yang menuduh mereka sedemikian sehingga menjadikan mereka berdua punca kebenaran rentas negeri kembali diperketatkan semula.

"Sebenarnya kebetulan di tempat kami bekerja itu adalah lokasi pelancongan sekaligus menyebabkan isu ini timbul. Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca."

-Isa Khan-

Anggap sebagai ujian berumah tangga

Tambah Isa lagi, dia bersyukur kini salah faham itu telahpun selesai sekaligus menganggap isu yang melanda dia dan isterinya sebelum ini adalah ujian selepas berkahwin.

"Kami ke Semporna, Sabah pada 20 Mac lalu. Kontriversi ini kita tak duga, tapi kami sangat tenang sebab tak buat salah, jadi tidak ada apa-apa perlu dirisaukan. Kami pun sudah selesaikan semua perkara dengan pihak berwajib."

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Saya angap apa yang berlaku adalah ujian selepas bernikah. Saya yakin akan banyak lagi cabaran yang akan kami lalui dan berdepan bersama-sama."

-Isa Khan-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen