Bibir berdarah dan pipi bengkak, pelajar darjah satu ditampar guru sekolah

Ramai yang berpendapat bahawa anak zaman ini terlalu dimanjakan sehingga tak boleh 'disentuh' langsung dan pastinya ibu bapa sendiri akan turun ke sekolah jika didapati anak mereka diperlakukan demikian.

Definisi disentuh yang dimaksudkan di sini adalah, dirotan, diberi hukuman tertentu atas kesalahan yang mereka lakukan namun, ada sesetengah pihak ibu bapa yang tidak kisah pun sekiranya perkara itu terjadi jika ingin memberi peringatan atau pengajaran asalkan tidak melampaui batas seperti yang terjadi kepada pelajar darjah satu ini.

Bibir berdarah dan pipi bengkak

Menerusi laporan yang dipetik daripada Kosmo, seorang pelajar darjah satu telah ditampar oleh seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan pada bibirnya yang didapati bengkak dan berdarah susulan perkara tersebut.

"Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya nampak ada darah dan mulutnya bengka. Bila diperiksa ada lebam darah beku dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah."

"Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa."

-Ibu-

Pengetua sekolah tiada tindakan

Ekoran kejadian tersebut, ibu kanak-kanak itu telah datang ke sekolah untuk bertanyakan sendiri tentang kejadian sebenar yang menimpa anaknya dan guru berkenaan akui bahawa dialah yang menampar atas alasan pelajar terbabit menangis dan tiada tanda hendak berhenti.

Merujuk kepada guru besar sekolah pula, nyata tiada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah sebaliknya menganggap perkara itu sudah berlalu.

"Saya juga berasa kecewa dengan jawapan diberikan guru besar sekolah berkenaan yang hanya berkata 'benda dah jadi"

"Bagi saya, guru besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang."

-Ibu-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen