Aku Teringin Nak Menikah, Tapi Sedihnya Jodoh Tak Datang-Datang.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, marilah ucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ni saja buat sedikit tinjauan dan pendapat dari rakan-rakan yang kebanyakan mereka mengatakan meraka mahu berkahwin dalam usia 29 tahun, kira hidup dah stabil. Dan tanggappan mereka kahwin di umur 21-26 tahun masih lagi muda untuk kahwin. Pendapat kamu semua? Jadi jom baca sedikit perbualan acik dengan seorang rakan acik yang naif ini.



Razif : "Acik aku teringin nak nikah, tapi sedihnya jodoh tak datang-datang ".

Acik : Ala Razif sebagaimana rezeki itu hadir, sebegitu juga jodoh itu dijemput. Jangan hanya ditunggu dan menunggu. Kalau ada ada niat mahu menikah, apa lagi? Pergi jemput jodohnya.

Razif : Lahh macam mana pula nak jemput jodoh tu acik?

Acik : Tentunya banyakkan silaturrahim, ikut usrah, ikut kegiatan pusat islam, berkawan dengan ramai orang. Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Mana tahu jodoh itu hadir ketika kita sedang beraktiviti.

Razif : Aku memang nak kawin (nikah) tapi aku takut nanti bila aku dah kawin cita-cita dan kerjaya aku tak tercapai.



Acik : Rezekikan Allah yang berikan, kau percaya pada Al- Quran? Qada dan Qadar? Bila kita berkahwin Allah beri kita rezeki, bukannya buat kau makin susah percayalah pada Allah.

Razif : Tapi aku nak senangkan mak ayah yang banyak berjasa dengan aku .

Acik : Memang betul tu, kan lebih bagusnya kalau senangkan ramai orang seperti orang tua kau, isteri kau nanti mahupun mertua kau. InsyaAllah rezeki itu akan selalu ada jika kau tak pernah berputus asa. Tapi kau kena ingat balas dulu jada ibu bapa yang telah membesarkan kau tu ye.

Razif : Tapi aku ini diri sendiri pun tak terurus apalagi kalau nak kahwin.

Acik : Astaghfirullaaah.. Sebab itu dari mula kita kena berusaha dan letakkan matlamat, masih muda ini bukan untuk bersenang lenang. Anak lembu pun pandai cari makan sendiri.

Razif : Kenapa disarankan kahwin muda ?

Acik : Biar agama kita disempurnakan oleh Allah di usia kita yang semuda ini, dengan itu kita tahu tanggungjawab kita sebagai anak dan suami. Syaitan paling kecewa bila orang muda bernikah, Ahh bukankah nikah itu penggenap din (agama)?



Razif : Tapi acik bukankah berkahwin (nikah) itu perlukan belanja yang besar.

Acik : Razif memang betul, oleh itu dari mudanya kita kena usaha, buat duit tambungan untuk kawin..cewah. Jika jodoh sampai kita dah bersiap, bukannya hanya duk asyik main facebook & twitter 24 jam sahaja tak dapat hasillah.

Razif : Tapi acik berkahwin (nikah) bukan pekara main-main , perlu ada ilmu.

Acik : Memanglah dah tu tuntutlah ilmu, kalau kau bercinta bagai nak rak dengan anak orang, bawa ke hulu dan kehilir kalau kau tak nak jadikan dia isteri bukankah kau juga akan main-mainkan perasaan dia?

Razif : Tapi acik kalau aku ada makwe aku mesti serious dengan makwe aku tu.

Acik : Kalau serious tak akan di nodai dia dengan perbuatan, perlaku mahupun tindakan, biarlah orang yang kita sayang tu kelihatan "exclusive" "hanya kita mampu miliki dia saat yang halal" bukankah lagi best?

Razif : Acik nii, kau sindir aku lah tu.  

Acik : Razif aku tak niat nak sindir kau, tapi itulah kenyataan walau pahit kena terima.



Razif : Ahhh acik aku nak bercinta (couple) cara islamlah dengan makwe aku.

Acik : Baguslah macam tu, tapi dalam islam tak ada couple, tapi nak juga couple lah lepas nikah tak jadi masalah. Kan?

Razif : Kau nie terus asyik cakap pasal nikah aja, aku masih mudalah acik, aku nak enjoy.

Acik : Enjoy-enjoy juga tapi janganlah usung anak dara orang, tapi kalau kita sempat kawin dan bertaubat... tup tup esok kita meninggal?

Razif :Emm yelah tu, Ahh acik bukankah berkahwin bagi mereka yang mampu sahaja? Yang tak mampu kan disuruh puasa dulu?

Acik : Betul tu berpuasa itu dapat mengawal nafsu kita, mampu ada pelbagai maksud yang penting ktia mampu dari segi fizikal, mental dan kebendaan.

Razif : Aku tunggu dimampukan Allah mengubah nasib aku jadi kaya dulu kot.

Acik : Hahahha ko ini razif, Allah tak akan mengubah nasib hambaNya tanpa ada usaha hambanya sendiri.

Razif : Tapi dah ikhtiar acik.

Acik Alhamdulilah, tapi kena usaha lebih sikitlah. 

Razif : InsyaAllah aku tak akan putus asa acik, mungkin aku juga kurang doa pada Allah.

Acik : Alhamdulillah tak apa zif kita sama-sama baiki diri.

Razif : Tapikan acik apa best berkahwin awal-awal, nanti takut aku tak puas enjoy dengan hidup aku.

Acik : Entahlah zif, aku pun tak kawin lagi tapi best apa, tapi kau tak nak ke bila bangun pagi di sebelah ada bidadari hati kita yang menyambut pagi kita dengan senyuman. Bangun subuh lepas tu berjemaah bersama-sama, sarapan pagi ada yang teman, dia mahu keluar minta izin dengan kau, masa kau sedang kerja ada yang selalu ingat dalam doanya untuk mendoakan keselamatan kau. Daripada kau bazirkan duit untuk belanja makwe kau baik kau memberi nafkah pada isteri kau. Memberi nafkah pada isteri bernilai infaq, tapi kalau beri duit pada makwe dapat apa??

Itulah dia, perbualan kami yang panjang lebar, walaupun umur Razif lebih tua dari acik sangat respect dengan dia kerana dia boleh terima teguran dan gurauan yang acik buat dekat dia. Sebenarnya Razif masih lagi dilema untuk berkahwin selepas di pernah kecewa dulu. Doakan kawan acik seorang ini terbuka pintu hatinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang baik dan menjadi isteriyang baik untuknya juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen