Hari ini satu berita yang cukup menyedihkan kita terima, apabila dimaklumkan seorang lagi pejuang barisan hadapan kita iaitu petugas Kementerian Kesihatan Malaysia telah meninggal dunia.
Berita sedih itu diketahui menerusi perkongsian Facebook Penolong Pegawai Perubatan dan Rozasmi Zainol Rasid, rakan arwah.
Arwah bernama Naquib Rahim telah meninggal dunia pada 7 April lalu, dan setakat ini punca kematian masih lagi tidak dedahkan oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun tentunya perkhabaran sedih ini mengejutkan orang yang mengenali dirinya.
Menerusi balasan komen daripada perkongsian tersebut, rata-rata yang mengenali Allahyarham menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik serta rajin orangnya.
Di ruangan komen, masih tidak putus-putus lagi dengan ucapan takziah dan doa, serta kata-kata semangat buat ahli keluarga arwah yang masih berduka dengan kehilangan tersebut.
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Terima kasih buat segala bakti untuk negara. Al-Fatihah.
Tinggalkan Komen