"Tak payah beratur panjang-panjang..." - Lagi kes borang rentas negeri disalah guna

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa hari lalu tular akan beberapa foto borang kebenaran rentas negeri yang dipercayai telah diluluskan oleh pihak polis tanpa dilengkapkan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan pihak polis Kemaman memaklumkan bahawa tandatangan tersebut dipalsukan dan kini siasatan sedang dijalankan.

Terbaru, satu lagi borang rentas negeri kosong berserta cop dan tandatangan polis telah tular di media sosial.

Menerusi foto yang tular itu, mengatakan tanda terima kasih serta meluahkan mudah sekiranya mempunyai ‘cable’.

“Terima kasih tolong kali kedua, tak payah beratur panjang-panjang. Ada cable dah mudoh basoe sney kiro,” ujarnya dalam foto berkenaan.

Sehubungan dengan itu, siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Penolong Ketua Polis Balai Seksyen 6 Shah Alam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Ramsay Anak Embol, memaklumkan terdapat pemalsuan tanda tangan milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, SM Mohd Fadzli Bin Ali.

Difahamkan, kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 468KK dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia-TKPD Shah Alam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen