Selepas 2 tahun berkahwin, Ryzal 'Duriankimchi' teruja Maryam hamil tiga bulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkejut bakal bergelar bapa, Instafamous terkenal dengan gelaran Ryzal ‘Duriankimchi’ menitiskan air mata apabila menerima berita gembira apabila isterinya Maryam You Narae kini berbadan dua.

Pasangan suami isteri Malaysia dan Korea Selatan ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram Duriankimchi.

Akhirnya selepas 2 tahun bekahwin

Berdasarkan video yang dimuat naik itu, Ryzal atau nama penuhnya Nik Muhammad Ryzal dilihat beberapa kali mengesat air matanya.

“Maryam hamil tiga bulan! Syukur alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah dua tahun kami bernikah.

“Terima kasih Allah atas anugerah yang paling berharga dalam hidup kami. Duriankimchi Junior bakal menyusul. Kami akan update dari masa ke semasa setelah buat pemeriksaan nanti,” tulis pasangan tersebut di ruangan kapsyen.

Menerusi temubual bersama mStar, Ryzal mengatakan bahawa dia tidak menyaka akan menerima berita gembira setelah mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu.

“Setelah dua tahun berkahwin, tak terfikir dapat anak. Tapi bila dapat tahu, rasa macam tak percaya, sebab gembira dan nak menangis.

“Tapi sebab masa tu dalam kereta dan ada orang ramai di luar lalu lalang, saya cuba kawal perasaan itu," ujarnya.

Susah nak percaya kerana prank

Menurut pemuda berusia 28 tahun itu, awalnya dia sukar percaya akan berita tersebut kerana sering menjadi bahan gurauan oleh isterinya.

“Mula-mula macam tak percaya sebab selalu terkena dengan Maryam, Cuma kali ini Maryam nampak betul-betul serius, jadi saya percayakan dia.

“Tapi masa tu Maryam cuma cakap, kene tunggu balik rumah untuk tunjuk keputusan menerusi kit ujian kehamilan. Nasib baik dah dekat dengan rumah, 10 minit juga tunggu keputusan ‘rasmi’ daripada Maryam. Syukur alhamdulillah,” katanya dengan nada teruja.

Syukur

Dalam pada itu, Maryam juga meluahkan rasa syukur kerana disahkan hamil malah turut mengatakan terdapat perubahan fizikal serta penambahan berat badan.

Tambahnya, dia agak terkejut dengan tekaan pelakon veteran, Fauziah Nawi yang mesra dnegan panggilan Ibu sebelum ini ketika bersama-sama menjadi tetamu jemputan dalam program sebuah televisyen.

“Syukur gembira sangat. Tapi saya benar-benar terkejut bila Ibu cakap macam tu. Memang muka terkejut tapi saya diam saja, tak beritahu Ibu,” jelasnya secara berseloroh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen