"Kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri bergantung pada Kementerian Kesihatan."-Datuk Seri Ismail Sabri

Beberapa hari lagi menjelang bulan Ramadan namun, sehingga kini masih tiada lagi perkhabaran daripada kementerian sama ada kebenaran merentas negeri itu akan diberi atau sebaliknya.

Kebenaran bergantung pada penilaian Kementerian Kesihatan

Susulan daripada itu, dalam satu kenyataan, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa kebenaran itu akan diputuskan berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan memandangkan kes harian masih mencatatkan lebih 1,000 orang yang dijangkiti wabak Covid-19 ini.

"Semua keputusan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan. Sekiranya mereka mengganggapnya tidak sesuai kerana berisiko tinggi, kita tidak akan membenarkannya."

"Kita sekarang mencatatkan lebih 1,00 kes setiap hari . Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sebelum ini. Jumlahnya adalah kira-kira 300 setiap hari."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Orang ramai diminta tidak ambil kesempatan

Di samping itu, beliau mengingatkan orang ramai agak tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran yang telah diberikan sekaligus menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap individu yang cuba untuk merentas negeri dengan menggunakan 'permit rentas negeri yang palsu' menjelang musim perayaan itu.

"Kita memberikan sedikit kelonggaran bagi membantu memulihkan semula ekonomi. Apapun, kita perlu tunggu keputusan Kementerian Kesihatan."

"Jika anda beli (permit) di luar dengan kelulusan polis, ia adalah salah. Polis tidak pernah mengeluarkannya seperti itu."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Tambahnya lagi, mereka yang mahu merentas negeri perlu memohon kebenaran di balai polis berdekatan sambil memberi amaran bahawa tindakan juga akan diambil kepada sesiapa yang didapati menjual dokumen perjalan palsu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen