Usik pengantin atas pelamin, member beri hadiah unik 'hint' suruh basuh pinggan

Oleh: Zuzu Yasmine

Selain ahli keluarga teruja menerima orang baru dalam keluarga, rakan-rakan juga akan begitu gembira apabila sahabatnya sudah menemui bahagia.

Menjadi satu kebiasaan apabila hadir ke majlis perkahwinan rakan akan membawa hadiah sebagai buah tangan selain turut memeriahkan suasana.

Kawan punya pasal, pengantin ketawa besar

Sama seperti pasangan pengantin ini yang mana gelagat rakan-rakannya sememangnya membuat pengantin tidak kekok di atas pelamin.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan pasangan pengantin sedang berada di atas pelamin sambil bersalaman dengan rakan-rakannya.

Hadiah unik betul

Namun, apa yang mencuit hati adalah hadiah-hadiah yang dibawa kepada pasangan pengantin itu adalah paling tidak dijangka sehingga pengantin pun tidak mampu tahan gelak.

Berdasarkan video berkenaan, rakan-rakan pengantin ini memberi peralatan membasuh seperti span, sabun, sudu, bakul serta pinggan polisterin tanpa dibungkus.

Minta pengantin basuh periuk

Difahamkan, itu adalah satu ‘hint’ agar pengantin segera tukar baju dan mula membasuh pinggan mangku tetamu yang hadir.

“Pengantin tak boleh lari”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan gelagat rakan-rakan pengantin yang begitu ‘sporting’ selain turut berkongsi pengalaman membasuh periuk belangga selepas selesai majlis kahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen