Selamat langsungkan pernikahan kedua, Serina Redzuawan syukur dapat restu bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon Serina Redzuawan akhirnya mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aidid selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Menerusi laman Instagram milik anak kepada cef terkenal Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan itu memuat naik beberapa keping foto berserta rasa syukur atas penikahannya.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup kerana mahu melaksanakan perkara yang wajib terlebih dahulu.

 

“Sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan dah selamat mendirikan masjid bersama suami majlis nikah kami secara tertutup sahaja.

“Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu, benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di kitab Luh Mahfuz,” katanya.

Wanita berusia 38 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada bapanya kerana merestui hubungan dia dan pilihan hatinya selain turut merancang mengadakan majlis doa selamat selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami, inshaAllah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya.

“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri semangat serta doa,” ujarnya.

Terdahulu, pernah berkahwin dengan jejak mat salih pada 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata namun bercerai selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen