Abang curang ketika isteri hamil 7 bulan, adik tetap 'backup' kakak ipar, layan seperti keluarga kandung

Curang bukanlah lagi perkara asing yang sering kita dengar dan sebagai seorang perempuan pasti menganggap perbuatan tersebut sebagai satu perlakuan yang sangat kejam lebih-lebih lagi apabila suami didapati curang ketika isteri sedang mengandung ataupun sedang berpantang.

Walau apapun alasan yang diberi, tak semua isteri di luar sana kuat untuk menghadapi situasi tersebut apabila didapati suaminya curang dibelakangnya dan itulah yang dirasakan oleh seorang isteri dari negara jiran ini iaitu Indonesia.

 

Menurut Tika, abangnya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis berusia 21 tahun dan video tersebut dirakam olehnya apabila dia terdengar bunyi tangisan dari dalam bilik anaknya dan terkejut apabila melihat kakak iparnya sedang menangis.

'Kenapa sekarang?'

Dari sumber akaun Tiktok milik kakak iparnya pula, dia turut memuat naik satu video berserta dengan tulisan yang sangat menyayat hati dan boleh dikatakan itulah luahan hati seorang isteri buat suaminya.

"Kenapa harus sekarang?Kenapa tidak dari dulu meninggalkan ku jauh sebelum aku mengandung. Ya Allah!"

 

Meninjau ke ruangan komen pula, selain menitipkan pesan agar wanita itu kuat, tindakan adik iparnya juga meraih pujian apabila lebih memilih untuk terus di sisi kakak ipar walaupun mereka bukanlah adik beradik kandung dan bermurah hati untuk mengubah penampilan kakak iparnya agar lebih tampil bergaya dan kemas.

'Make-up tak boleh tutup sedih'

 

'Balas dendam terbaik'

'Allah uji sebab kuat'

 

'Adik ipar pun baik'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen