Miliki borang kosong siap 'sign' pihak polis, wanita tampil beri keterangan

Baru-baru ini telah tular di media sosial apabila seorang wanita dipercayai memiliki borang kebenaran rentas negeri yang belum diisi namun terlebih dahulu mendapatkan tandatangan daripada pihak polis.

Susulan kejadian tersebut, individu berusia 28 tahun itu telah dipanggil untuk ke Ibu Pejabat Daerah Kemaman untuk disoal siasat berhubung perkara tersebut.

"Wanita berkenaan disiasat berhubung salinan borang rentas negeri kosong dikeluarkan Balai Polis Chukai dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai beserta tulisan 'Dapat info terbaru ialah 'approve' dulu baru isi 'form' yang ditularkan di media sosial."

-Hanyan-

Sebutan denda jika didapati bersalah

Menurut Ketua Polis Kemaman iaitu Superitendan Hanya Ramlan dalam satu kenyataan, siasatan awal yang dijalankan didapati ada pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai iaitu Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

Tambahnya lagi, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, orang yang dituduh (OKT) boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan."

"Bagi kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) OKT boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum rm50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hati kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan."

-Hanyan-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen