Malang tak berbau, ambulans bawa pesakit disyaki positif Covid-19 terbalik

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebuah ambulans terbalik selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di persimpangan lampu isyarat berhampiran Plaza Tol Alor Setar Utara, Jalan Langgar, Alor Setar.

Menurut, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 5.55 petang.

"Ambulans itu membawa lima individu termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang pesakit disyaki positif Covid-19.

"Terdapat dua mangsa dalam Proton Exora, yang mana seorang lelaki berusia 40-an cedera ringan di dada dan mangsa wanita berusia 30-an cedera ringan di bahu," katanya.

Bagaimanapun, Ehsan memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai maklumat berkaitan pesakit disyaki positif Covid-19 berkenaan.

Menerusi laporan Bernama, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata, ambulans itu yang turut dinaiki empat petugas KKM sedang dalam perjalanan membawa pesakit dari Baling ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini bagi rawatan Covid-19.

"Ambulans dinaiki seorang doktor dan seorang jururawat dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu dan pembantu perubatan mengalami kecederaan ringan.

"Pesakit Covid-19 itu pula iaitu seorang wanita juga mengalami kecederaan ringan.

"Dua mangsa yang menaiki sebuah lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu turut cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen