Adat sambut orang baru, pengantin disimbah air busuk ketika sental periuk

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika mengadakan kenduri kahwin, bergotong royong sememangnya seronok. Bukan sahaja eratkan hubungan dengan orang kampung, majlis juga akan terasa meriah.

Namun, lain pula zaman sekarang yang lebih selesa menggunakan khidmat katering kerana tidak perlu mengemas selepas penat melayan tetamu.

Simbah air kotor pada pengantin

Bagaimanapun, sesetengah tempat masih lagi mengadakan gotong royong sempena majlis perkahwinan, malah pengantin sendiri juga perlu turut pandang untuk mencuci segala periuk dan kawah apabila selesai majlis.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, memapatkan pasangan pengantin baru sedang sibuk membasuh periuk sebelum basah akibat disimbah air kotor oleh orang kampung.

Berdasarkan video tersebut, kedua-duanya terlihat terkejut sebelum ketawa sesama sendiri kerana situasi yang kelakar itu.

“Tempat kami biasa memang macam ni”

Difahamkan, perkara tersebut merupakan satu kebiasaan yang dilakukan oleh orang kampung tersebut terhadap pasangan pengantin malah kadang kala ahli keluarga juga turut terkena simbahan tersebut.

“Seronok macam ni sambut orang baru”

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima oleh netizen. Ada yang memberi kata-kata kecaman malah ada juga yang seronok melihat perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen