Tak boleh bau bawang & suka makan sushi, Elly Mazlein kongsi alahan hamil anak kedua

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa pelakon dan penyanyi Elly Mazlein kini sedang hamil tiga bulan selepas berkongsi berita gembira itu buat peminat menerusi laman Instagram miliknya.

Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina mengatakan bahawa dia tidak berdepan dengan alahan teruk sepanjang trimester pertama.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia hanya berdepan beberapa simptom ibu hamil antaranya hilang selera makan dan tidak boleh masuk ke dapur.

“Alhamdulillah kandungan dah tiga bulan, alahan tak teruk sangat sama je macam kandungkan anak pertama dulu cuma kali ini saya tak ada selera makan sangat.

“Memang dekat rumah tak makan sebabnya tak tahan bau bawang putih, tak boleh nak memasak padahal sebelum ini saya suka saja makan semua jenis bawang.

“Saya cuma boleh makan sushi je, tapi kalau buat penghantaran di rumah tak tahan bau pula, terpaksa la pergi restoran sushi. Nasib baik dekta dengan rumah... feeling Korea,” ujaranya kepada mStar.

Bersyukur akan rezeki zuriat itu, Kak Lina juga berkata mahu berkongsi mengenai kehamilan dengan pengikutnya di media sosial terutama untuk mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Tambahnya, dia berharapa agar tip dan petua itu akan membantu mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak meskipun terkilan akan segelintir netizen mempersenda niatnya itu.

“Sejujurnya saya dapat banyak mesej peribadi daripada mereka yang kahwin tapi masih belum ada anak, ada yang dah 10 tahun kahwin. Jadi saya nak kongsi dengan orang ramai tip dan amalan macam mana dalam tempoh sebulan je dah melekat. Memang rezeki itu daripada Allah tapi kita pun kena berusaha dan berikhtiar.

“Ya, saya bukan doktor atau pakar tapi saya cuma berniat nak berkongsi tip sebab saya faham perasaan wanita dan tahu bertapa indah menjadi ibu melalui saat mengadung,” ujarnya.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan Cikgu Azlan atau Muhammad Azlan Che Nuh, 31 Januari lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen