Lambat luahkan perasaan, pemuda berputih mata rakan baik jadi milik orang lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak salah nak berkawan antara lelaki dan perempuan, namun tak mustahil lama kelamaan perasaan itu boleh berubah menjadi sesuatu yang lain.

“Dia orang yang paling selesa”

Seperti dua sahabat baik ini yang dikatakan saling berkongsi rasa dan sering meluangkan masa bersama namun terpaksa reda apabila rakannya bakal bergelar isteri orang.

Hasrat untuk bertunang telah diluahkan oleh rakannya selepas mereka tamat persekolahan, dan dia hanya mampu tumpang bahagia.

Bila orang ingat mereka yang bertunang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda dikenali sebagai Mhdsymrul telah berkongsi moment indah bersama rakan baiknya yang merupakan seorang perempuan.

Difahamkan, mereka telah berkenalan dan bersahabat baik dari darjah tiga sehingga ke darah enam dan mereka juga dikatakan sekelas.

Bagaimanapun mereka terpisah kelas selepas masing-masing melanjutkan pelajaran di sekolah menangah.

Menurut pemuda itu, dia dan rakannya tidak mempunyai ramai kawan disebabkan penampilan mereka.

“Dulu kami selekeh, tak ada orang pun nak kawan,” ujarnya menerusi video tersebut.

Tambahnya, rakannya itu telah sah menjadi isteri orang dah dia bersyukur apabila suaminya tidak menghalang persahabatan mereka.

“Kenapa lambat kan dah melepas”

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap bahawa pemuda berkenaan terlalu lambat memulakan langkah selain turut mendoakan agar persahabatan mereka berkekalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen