Jadual padat hingga tiada waktu rehat, Janna Nick 'down' hingga rasa diri telah gagal

Menjadi seorang selebriti tidaklah semudah yang kita sangka. Selain perlu berhadapan dengan jadual waktu yang padat, mereka juga perlu kuat untuk menangani pelbagai kritikan demi kritikan daripada warganet kerana umum sedia maklum bahawa selebriti ini memang selalu jadi perhatian ramai orang.

Pun begitu, itulah yang sedang dilalui oleh pelakon dan pengacara terkenal Janna Nick apabila dia memuat naik videonya beserta dengan kapsyen yang menyatakan bahawa dia telah "GAGAL"

 

Waktu kerja sangat padat

Pelakon Marry Me Senorita itu sendiri akui bahawa jadual waktunya sangat padat sehingga penghujung tahun menyebabkan dia tiada waktu untuk rehatkan diri sehingga dia berada di satu tahap yang apabila dia sedang bercuti pun, otaknya masih ligat memikirkan tentang kerja.

Video yang meraih lebih daripada 90ribu tontonan itu telah mencuri perhatian ramai pengikutnya di akaun Instagram sekaligus ruangan komen dibanjiri dengan ucapan semangat agar Janna kembali positif dan terus menjadi selebriti idaman ramai bukan sahaja dari kalangan peminat bahkan juga daripada rakan artis yang lain.

'Keep strong Janna'

'Pilihlah yang terbaik'

'Ambillah masa rehat'

'Duit tak mampu beli kebahagiaan'

'Janna belum gagal, anggaplah ini ujian'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen