Lari dari sekatan jalan raya, pihak polis giat buru pemilik kenderaan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, polis kini sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Kajang.

Cubaan lari dari sekatan jalan raya

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Superitendan Mohd Sabri Abdullah, kejadian yang berlaku sekitar jam 2 petang itu dipercayai pemandu terbabit cuba berpatah balik kerana enggan melalui sekata jalan raya.

"Kejadian itu berlaku ketika anggota bertugas di SJR dimaklumkan oleh orang awam bahawa sebuah kereta enggan melalui sekatan dan cuba berpatah ballik.

"Dalam kesesakan lalu lintas, anggota polis bertugas pergi ke arah kereta terbabit dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan."

"Namun, suspek enggan berhenti dan melarikan diri. Anggota polis terbabit cuba mengejar suspek tetapi dia dapat melarikan diri."

-Mohd Sabri-

Saksi awam diperlukan

Di samping itu, beliau turut memohon agar saksi awam yang mempunyai sebarang maklumat segera tampil ke balai polis untuk bantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Selain itu, kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalah menghalan penjawat awam menjalankan tugas apabila enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan dilakukan."

"Kami mohon saksi awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil untuk membantu siasatan."

-Mohd Subri-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen