Dua tahun derita kanser otak, ibu arwah Siti Nur Surya meninggal dunia

Pada November tahun lalu, kita telah dikejutkan dengan kematian tragis yang menimpa seorang gadis berusia 19 tahun bernama Siti Nur Surya apabila dia ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap dengan pergelangan tangan kirinya terputus serta terdapat kesan kecederaan lain pada bahagian muka dan badan di rumahnya di Kampung Lubok Batu, Hulu Terengganu.

Arwah disifatkan seorang yang baik budi pekertinya selain tabah menjaga ibunya yang sedang sakit kanser pada ketika itu dan siapa sangka rupanya keperibadiannya itu tidak disenangi oleh kawan sendiri sehingga menyebabkan sanggup bertindak kejam terhadap arwah.

Ibu arwah Surya meninggal dunia

Terbaharu, menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, ibu kepada Surya yang menghidap kanser otak sejak dua tahun yang lalu telah meninggal dunia di rumah lama mereka iaitu di Kampung Beladau Kepong pada petang Jumaat.

Menurut abang sulung Surya iaitu Mohd Zarif Amer, ibunya menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang dimandikan oleh dua oranga adikny yang masing-masing berusia antara 19 dan 16 tahun sekitar jam 2.40 petang pada Jumaat itu.

Anak sulung cerita detik selepas kematian arwah Surya

Tambah Zarif lagi menceritakan detik-detik sebak yang dialami oleh mereka sekeluarga selepas kematian Surya adalah apabila ibunya sering menyuruh mereka adik beradik mencari arwah Surya yang dianggapnya lari dari rumah walaupun sudah berulang kali diberitahu akan perkara sebenar.

"Kami ada memberitahu kejadian menyayat hati melibatkan arwah Surya kepada ibu tetapi dengan keadaa kesihatannya, dia selalu lupa."

-Zarif-

Ibu sering ingat arwah masih hidup

Mereka tahu ibunya sering terlupa susulan keadaan kesihatannya. Di samping itu, Zarif turut memaklumkan bahawa kesihatan ibunya baik selepas kejadian yang menimpa arwah Surya tahun lalu namun, hanya mampu bertahan selama sebulan.

"Ibu ingat-ingat lupa apa yang menimpa arwah kerana dia sering menyuruh kami adik-beradik mencari arwah yang disangka lari dari rumah tetapi setelah ditenangkan dan diceritakan semula kejadian sebenar yang arwah sudah tiada, dia terus diam."

-Zarif-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen