Elak lambakan makanan bulan Ramadan, sumbangan secara terus kepada gelandangan tak dibenarkan

Aktiviti mengagihkan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu negara, Kuala Lumpur pada bulan Ramadan sudah menjadi satu kelaziman bagi persatuan-persatuan yang tertubuh membantu golongan ini berbuka puasa seperti orang lain.

Meskipun ia dianggap satu kebajikan yang mulia, namun sedar atau tidak sebenarnya ia telah memudaratkan persekitaran bandar tersebut apabila terlihat banyak pembaziran yang berlaku hasil daripada lambakan makanan tersebut sekaligus menjadikan kawasan sekitar tidak terurus.

DBKL tetapkan lokasi pengangihan

Susulan perkara tersebut, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa aktiviti pengagihan makanan tersebut tidak lagi dibenarkan pada Ramadan tahun ini.

 

Namun, pengagihan makanan itu masih boleh terus dilakukan hanya di tiga buah lokasi ini sahaja iaitu Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang,  Pusat Khidmat gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit.

Sehubungan itu, sekiranya terdapat mana-mana individu atau kumpulan ingin menyumbang dan mengagihkan makanan kepada golongan miskin dan gelandangan boleh terus menghubungi  pihak DBKL bagi tujuan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen