Kes harian tinggi, Kelantan umum batalkan pengoperasian bazar Ramadan dan Aidilfitri

Bazaar Ramadan merupakan antara tempat yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya umat Islam yang berpuasa kerana baazar Ramadan ini hanya ada sekali sahaja dalam setahun.

Jika sebelum ini, bazaar Ramadan dan Aidilfitri tidak dibenarkan beroperasi susulan pandemik menyerang seantero dunia dengan mencatatkan kes harian tertinggi hari demi hari kini, kerajaan telah pun membenarkan aktiviti perniagaan beroperasi semula dengan sentiasa mengamalkan penjarakan dan sentiasa patuh SOP.

Bazar Ramadan dan Aidilfitri tidak dibenarkan

Namun, sebaliknya pula yang berlaku kepada negeri Kelantan apabila Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri iaitu Dr Izani Husin memaklumkan bahawa bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu dibatalkan.

Hal ini adalah kerana Kelantan terus mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dan pada masa yang sama juga telah merekodkan satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu.

Selain itu, Dr Izani turut memaklumkan Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

895,402 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen