Diseret sejauh 3km, warga emas maut di tempat kejadian

Kemalangan jalan raya terus menjadi kerisauan rakyat jelata terutamanya apabila melibatkan penunggang motosikal kerana mereka jelas sekali antara pengguna jalan raya yang berisiko dan apa yang lebih parah lagi kemalangan inilah yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Terbaharu, tular rakaman dashcam yang menyaksikan detik-detik cemas apabila sebuah kereta menyeret penunggang motosikal sejauh 3 kilometer.

Warga emas maut 

Menerusi laporan yang dipetik daripada beritah harian, penunggang motosikal terbabit merupakan warga emas yang berusia 80 tahun dan kejadian yang berlaku di kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh itu turut melibatkan sebuah Nissan Frontier yang dipandu oleh lelaki warganegara Indonesia bersama dengan dua orang penumpang Bangladesh.

Bagaimanapun, mangsa yang dikenali sebagai Abu Samah @Mohd Tahir Singah berusia 80 tahun meninggal dunia di tempat kejadian berikutan parah pada sebelah kiri muka, bahu kiri dan patah tulang rusuk.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh iaitu Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman memaklumkan hasil siasatan mendapati nahas berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

Mangsa diseret sejauh 3 kilometer

Tambah Mohd Yusri lagi dalam kenyataannya, penunggang motosikal itu dipercayai membelok untuk memasuki simpang di sebelah kanan sebelum dirempuh Nissan Frontier yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa diseret bersama motosikal sejauh tiga kilometer sebelum jatuh di atas jalan."

"Kemalangan menyebabkan motosikal terbabit kemek pada sisi kiri manakala Nissan Frontier kemek di bahagian hadapan sebelah kanan."

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HSHAS), Temerloh untuk bedah siasat."

-Mohd Yusri-

Anda masih keseorangan?

895,418 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen