"Saya syak Serina & Aidid bernikah pada minggu ketiga Februari." - Bekas isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Makin panas nampaknya kontroversi perkahwinan anak kepada chef selebriti terkenal, Serina Redzuawan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor dikenali sebagai Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin.

Bekas isteri tampil

Terbaru, bekas isteri kepada pegawai polis berkenaan yang dikenali sebagai Nur Hamizah Shafee telah tampil mengeluarkan kenyataan berhubungan perkara itu.

Menerusi Mstar, Hamizah memaklumkan pasangan berkenaan telah bernikah ketika dia dan Aidid masih lagi bergelar suami isteri.

Wanita yang juga seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Perak memaklumkan mereka bernikah tanpa kebenaran isteri pertama.

Menurutnya, 9 Mac lalu barulah dia dan Aidid sah bercerai selepas enam tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata.

Rumahtangga bahagia

Hamizah juga memaklumkan bahawa perkahwinan mereka sebenarnya tiada sebarang masalah dan masing-masing memahami pekerjaan dan tugas yang digalas serta kadang-kala terpaksa berjauhan atas faktor kerja.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan bekas suami tiada sebarang masalah dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala berjauhan kerana tugas masing-masing,” kata Hamizah.

Dalam pada itu, Hamizah juga menyangkal status Aidid yang dikatakan bergelar duda ketika menikahi Serina kerana ketika mereka berkahwin dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki itu.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar. Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu menipu. Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah,” jelasnya.

Nikah Februari lalu?

Wanita berusia 34 tahun itu juga mengatakan bahawa pada awalnya dia mahu berdiam diri sahaja, namun terpaksa bersuara kerana Serina mengeluarkan kenyataan yang salah.

Tambahnya, Aidid juga telah memaklumkan bahawa pernikahan tersebut pada 18 Februari 2021.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja, tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara. Saya syak mereka bernikah pada minggu ketiga Februari.”

“Pada awal 9 Mac lalu, saya diceraikan dengan talak satu. Cukup sebulan kami bercerai, Serina kongsi berita perkahwinan.”

Chef Wan tak salah

Pada akhir kenyataan, dia mengatakan bahawa pernah cuba menghubungi Chef Wan bagaimanapun panggilan tidak diangkat malah turut menegaskan bahawa chef selebriti tersebut tidak bersalah kerana tidak tahu apa-apa akan pernikahan anaknya.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.”

“Chef Wan langsung tak salah dala hal ini…saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ulasnya.

Terdahulu, perkahwinan Serina menjadi kecoh di media sosial selepas bapanya, Chef Wan mendedahkan bahawa dia tidak tahu anak perempuannya telah bernikah lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Keadaan menjadi lebih keruh apabila ada dakwaan mengatakan mereka sudah bernikah di Siam terlebih dahulu sehingga Chef Wan meluahkan rasa hatinya di laman sosial.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen