Ingin Bercinta Selepas Nikah Tetapi Takut Jumpa Pada Pilihan Yang Salah.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan jari-jari ini menari di papan kekunci untuk berkongsi cerita. Setelah sekian lama acik simpan di draft akhirnya masa yang sesuai untuk di keluarkan. Walaupun entri cinta mendapat tentangan ramai tetapi demi cinta kepadaNya dia tidak akan terkubur selagi ianya di perlukan.



Sedang khusyuk scroll facebook, ramai kawan-kawanku dah kahwin dan paling cemburu sudah ramai juga ada anak kecil yang comel. Gambar-gambar yang cantik dan comel, hati ini kadangkala menjadi gundah tanpa di duga.

Seorang kenalan acik pernah cakap, jika ikutkan aku memang bersedia, tetapi Allah masih simpan lagi siapa dia jodohku untukku.

Bila umur meningkat, mulalah otak berfikir yang bukan-bukan dan perasaan bercampur baur. Lagi serabut jika di kelilingi oleh Che Nab yang asyik sibuk tentang hal sekeliling.

Kau nak jadi bujang terlajak / anak dara tua?

Kau kena mandi bunga nie tak laku-laku sampai sekarang!



Kalau ikut hati memang akan gundah dan hiba.

Tetapi siapa kita? Mungkin sedang kita gundah Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.

Macam acik, kenal erti cinta itu lambat, lihat ada kawin dah kahwin awal. Bila lihat mereka rupanya cinta itu bukan sekadar lafaz dan ayat yang mudah taip. Tetapi cinta itu lebih kepada tanggungjawab. Kita berkawin bukan dengan dia sahaja tetapi dengan keluargannya.

Dah bersedia? Cetusan hatiku..

Masa acik degree pula, acik memang tak pernah terfikir soal jodoh dan kawin kerana tumpuan pelajaran. Ramai kawan kata, kau tak cari calon acik nanti kau susah. Sampai ke tua kau tak kahwinlah jawabnya.

Bermain di benakku, jodoh itu ketentuan siapa? Adakah dia atau Allah ?

Kenapa hati ini perlu takut sedangkan Allah telah tetapkan jodoh untuk kita.

Rakan acik ramai kata : Aku nak bercinta selepas bernikah tetapi aku takut jodoh itu pada orang yang salah.

Aku hanya mampu tersenyum,,.



Memang benar kadang kita takut, tak kenal sangat tapi terus kahwin. Takutlah kalau perangai dia tak baik, dia pura-pura baik. Sekali dia kaki pukul, pergunakan kita sahaja. Perempuan kaki kikis..

Ishh duhai hati asyik bersangka buruk sahaja, cumalah ambil sudut positif.

Allah kan ada, nak yang baik kenalah jadi baik dulu. Cuma ke arah kebaikan pastinya ada selayak untuk kita.

Pegang janji Allah untuk kita, jodoh itu tersimpan rapi untuk kita di luar pengetahuan kita. Dunia ni tak lama pun , akhirat itu yang kekal. Jadi andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?

Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita. Kawallah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga-moga doa kita sampai padanya.



Bercinta selepas itu nikah itu indah, mata ini menjadi saksi peristiwa yang berlaku kepada rakan-rakanku. Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan kamu dan kekasih kamu.

Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah. Mahu jalan pimpin tangan? Pimpinlah tangannya, tiada dosa di atas kamu, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.

Akhir kata dari acik jangan takut soal jodoh ianya akan datang pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat. Yakin dengan janji Allah dan berikan sepenuh harap kepada Allah. Jangan pernah bosan untuk terus berdoa dan berdoa. Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui, dia tahu yang terbaik untuk kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen