Nikah dengan 'coach' sendiri, beza usia 37 tahun bukan penghalang bahagia

Oleh: Zuzu Yasmine

Ajal, rezeki dan jodoh adalah satu perkara yang menjadi rahsia Allah S.W.T. Antara perkara yang kerap dinanti setiap orang adalah waktu bertemu jodoh yang tepat hingga membawa kehidupan suami isteri yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Kahwini jurulatih sendiri

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurul Natasya yang merupakan isteri kepada jurulatihnya sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik, Natasya berkongsi moment bersama suaminya 65 tahun manakala dirinya berusia 28 tahun.

“Terima kasih suamiku,” tulisnya di ruangan kapsyen.

9 tahun susah senang bersama

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia berkahwin pada usia 19 tahun manakala suaminya pula ketika itu berusia 58 tahun.

Meskipun hidup bermadu, Natasya bersyukur dapat melalui saat susah dan senang bersama suaminya sepanjang sembilan tahun perkahwinan mereka.

“Walaupun berpoligami, alhamdulillah kami madu bahagia,” ujarnya di video tersebut.

“Yang penting bahagia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan pasangan ini selain turut berkongsi pengalaman bernikah dengan lelaki yang lebih berusia ketika masih muda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen