Miliki ‘kecacatan’ pada jari, wanita ucap syukur suami terima seadanya

Oleh: Zuzu Yasmine

Kekurangan diri bukan salah satu asbab untuk kita tidak sama-sama berani ke hadapan seperti orang lain. Adat manusia akan rasa sedih atau ingin mengeluh namun, perlu tetapi kembali bersemangat meskipun apa yang terjadi.

Seperti kisah wanita yang dikenali sebagai Ateyn ini yang begitu berani berkongsi masalah kesihatannya kepada umum.

Miliki jari berbeza

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, Ateyn memperlihatkan keadaan jarinya yang kelihatan agak berbeza daripada insan lain.

Menurutnya, dia mengalami masalah itu sejak kecil sehingga hari ini dan tidak hanya menyerang pada jari sahaja namun juga sekitar kawasan mata, lutut, kaki serta di belakang badannya.

Tambahnya, penyakit yang dialaminya itu turut menyukarkan dirinya untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas dan mencuci bahan masakan.

Walau bagaimanapun, dia yang reda akan ujian yang diterimanya itu tetap bersyukur apabila suaminya menerima keadaan dirinya seadanya.

Tak boleh sembuh, dah cari ubatnya

Bila ditanya akan kesembuhan penyakit tersebut, Ateyn hanya mampu menjawab bahawa penyakit yang dialami itu tidak akan sembuh namun, jika sembuh dan dia akan akan menjadi orang paling bersyukur.

Ateyn juga memberitahu bahawa penyakit yang dialami itu adalah penyakit keturunan dan dia juga telah berusaha mencari penawar akan penyakit tersebut namun tidak berhasil.

Hidap penyakit Rheumatoid Arthritis

Sehubungan itu, ada seorang individu tampil memberi penerangan akan penyakit tersebut di ruangan komen dan perkara itu disahkan oleh Ateyn sendiri.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati kepada wanita berkenaan malah turut mendoakan agar penyakit yang dialaminya itu segera sembuh selain turut memberi kata-kata semangat buatnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen