"Baru buka plastik dah basi..."- Pembeli luah rasa kecewa peniaga ambil ringan kualiti makanan

Hari ini merupakan hari ketiga umat Islam menyambut bulan Ramadan dan sepanjang tempoh itu juga kita sering dengar pelbagai luahan pembeli yang berkunjung ke bazar Ramadan apabila rata-ratanya kecewa dengan juadah yang mereka beli apabila kebanyakannya berdepan dengan nasib yang sama iaitu makanan mereka basi walhal makanan tersebut dibeli untuk makan ketika berbuka puasa.

Selain itu, ada sesetengah pihak yang kurang menyenangi harga makanan yang dikenakan terhadap jualan mereka bilamana harga tersebut sangat tak masuk akal dengan kuantiti yang makanan tersebut.

Peniaga sambil lewa

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, satu perkongsian daripada warga Facebook telah berkongsi kisahnya apabila laksa dan bihun sup dikenakan harga yang mahal sedangkan isi bihun sup yang diletakkan hanya sedikit.

 

Sebagai pengguna mereka ada hak untuk menyuarakan pendapatnya kerana semuanya dibeli dengan wang dan pastinya mereka iaitu pembeli inginkan yang terbaik untuk makanan mereka dari segi kualiti dan juga kuantiti.

Respon orang awam

Muat naik 'posting' tersebut menerima pelbagai respon bukan sahaja yang positif bahkan ada juga komen yang menunjukkan bahawa mereka kurang menyenangi dengan tindakan pembeli terbabit yang mewar-warkan 'feedback'-nya di laman Facebook kerana khuatir sekiranya perniagaan penjual berkenaan terjejas.

"Kesianlah peniaga tersebut jika diboikot. Bulan puasa ni kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, apa yang dicakap dan ditulis pun kena yang baik-baik."

"Buat peniaga di bazar Ramadan, jangan aniaya orang berpuasa. Kesian pada kami, nak buka puasa makanan dan basi."

"Saya pun beli murtabak ayam, murtabaknya nipis(sangat) harga RM6. Rasanya orang berniaga di bazar ini nak pergi Makkah balik hari agaknya."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen