Mendadak naik, kes harian Covid-19 kembali membimbangkan

Saban hari kita diperlihatkan dengan penurunan jumlah kes harian Covid-19 sedikit demi sedikit sekaligus melegakan rakyat Malaysia susulan perkara itu.

Namun, sejak semalam kes harian penyakit berjangkit ini kembali menunjukkan jumlah yang membimbangkan lebih-lebih lagi sejak memasuki hari keempat umat Islam menyambut bulan Ramadan.

Jumlah kes harian kembali naik

Terbaharu, menerusi laporan yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) di laman Twitter menunjukkan peningkatan jumlah kes baharu yang mendadak naik hari ini iaitu sebanyak 2,251 dengan negeri Sarawak mencatatkan jumlah kes harian yang tertinggi iaitu 960 diikuti dengan Selangor, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Di samping itu, kerajaan juga ada memaklukan bahawa Malaysia mungkin akan berdepan semula dengan gelombang keempat selepas ini susulan daripada bertambahnya kluster baharu sejak beberapa hari ini.

Terus patuh SOP

Hal itu nyata memberikan kesan kepada banyak pihak termasuklah menjadi kemungkinan kepada rakyat terpaksa mematikan hasrat mereka untuk melakukan aktiviti merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman pada tahun ini.

Bagaimanapun, orang ramai diminta terus mengamalkan pematuhan SOP dengan sentiasa menjaga penjarakan dan menggunakan pelitup muka serta menjauhi tempat sesak bagi bersama-sama membantu barisan 'frontliner' membendung penularan wabak ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen