Kasih pada isteri, suami terjun jambatan selamatkan isteri dari cubaan bunuh diri

Masalah kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kiralah golongan remaja ataupun orang dewasa kerana mereka tidak menunjukkan apa-apa tanda yang mencurigakan sehinggalah sampai ke satu tahap bilamana mereka boleh melakukan apa-apa sahaja yang boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.

Justeru itu, kita perlu sentiasa peka terhadap mereka yang menghadapi masalah kemurungan ini tidak kiralah yang terdiri daripada kawan-kawan ataupun keluarga sendiri bagi mengelakkan mereka yang menghadapi masalah tersebut membuat sesuatu di luar kawalan mereka seperti yang terjadi petang tadi.

Cubaan bunuh diri kerana kemurungan

Menerusi laporan yang dipetik daripada portal kosmo, seoranf wanita dipercayai mengalami kemurungan nyaris lemas selepas terjun ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang namun, berjaya diselamatkan oleh suaminya yang berada di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudian diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke tiang 107 sebelum jentera bomba tiba."

"Ketika bomba tiba, seorang wanita terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang."

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak bomba turun ke bawah dengan menggunakan kaedah 'rappelling' untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen