Budak perempuan 9 tahun maut gantung diri guna kain pelikat

Oleh: Zuzu Yasmine

Mengejutkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ditemui tidak bernyawa dalam keadaan menggantung diri di rumahnya di Flat Temenggong, petang semalam.

Menurut, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.

Berdasarkan siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu bertindak sedemikian dipercayai kerana perselisihan faham antara sekeluarga.

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kulai telah tiba ke kediaman mangsa pada pukul 4 petang.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarganya daripada tempat asal mangsa menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya.

Beliau berkata, pihak hospital yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen