Pindah rumah tinggalkan hutang, penghuni baru jadi mangsa, kereta dibakar along

Menggunakan perkhidmatan meminjam wang daripada mana-mana syarikat pinjaman wang adalah sangat berisiko sekiranya seseorang itu tidak mengganti semula jumlah wang dipinjam pada tempoh waktu yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Ianya berisiko kerana, tukang pengutip hutang tersebut atau lebih dikenali dengan gelaran 'ALONG' boleh bertindak dengan pelbagai cara untuk mendapatkan semula wang mereka dan terus mencari si penghutang hingga lubang cacing sekiranya didapati ada peminjam yang cuba untuk melarikan diri.

Kirim nota berbaur ugutan

Perkara tersebut telahpun berlaku kepada seorang peminjam ini apabila dia berpindah rumah tanpa menjelaskan hutang tersebut dan akhirnya penghuni rumah baru tersebut menjadi mangsa along apabila kereta yang diletakkan di garaj terbakar.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri iaitu Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 5  pagi  dan seraya dengan situasi cemas itu, penghuni rumah terbabit menemukan nota berunsur ugatan diletakkan di kawasan rumah berkenaan.

"Dipercayai penghuni lama pernah berhutang dengan along tetapi penghuni baru  menjadi sasaran."

"Satu nota ditemukan di tempat kejadian yang berbau ugutan."

-Dzulkhairi Mukhtar-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen