Tahniah! Siti Nurhaliza selamat timang 'baby boy' seberat 3.84kg

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahniah! Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak kedua iaitu lelaki menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 6.21 pagi tadi.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri melalui Instagram penyanyi kesayangan ramai menerusi laman Instagram miliknya dengan memaklumkan kedua keadaan ibu dan anak yang baru dilahirkan dalam keadaan baik dan sihat.

"Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.


"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.

"Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai," tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana itu juga turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh anak tiri penyanyi kesayangan ramai iaitu Aysraf Khalid dengan memaut naik gambar bersama.

Untuk makluman, Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen