Lelaki dipercayai bunuh diri, terjun tingkat 3 Suria KLCC?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di laman Twitter berkenaan seorang lelaki dikatakan telah bertindak membunuh diri di pusat beli-belah Suria KLCC, sebentar tadi.

Menerusi laporan Astro Awani, lelaki berkenaan maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah tersebut.

Difahamkan, lelaki berkenaan maut di tempat kejadian dan beberapa pengawal keselamatan turut dilihat menutup mayat mangsa menggunakan kain dan khemah.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

Walau bagaimanapun, siasatan masih lagi sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen