Dituduh marah pelanggan, 'rider' terima 9 jahitan di kepala lepas dipukul dengan tukul besi

Setiap kali bercerita tentang rider penghantar makanan, rasa simpati kepada mereka secara automatik hadir dek kerana mengenangkan segala pengorbanan serta semangat mereka ketika bekerja.

Banyak kita dengar cerita menyayat hati dari kalangan rider ini apabila pelanggan memperlakukan mereka seperti tiada perasaan dan yang terbaharu telah dilaporkan oleh Polis Daerah Timur Laut berkenaan dengan seorang penghantar makanan telah dipukul oleh suami kepada pelanggannya.

Harian Metro melaporkan penganggur berusia 31 tahun telah ditahan kerana disyaki memukul penghantar makanan dalam kejadian di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas.

Pelanggan tak angkat panggilan

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Asisten Komisioner Soffian Santong memaklumkan bahawa 'rider' berusia 40 tahun itu menghantar makanan yang ditempah pelanggan yang merupakan seorang wanita pada jam 4.10 petang.

Namun sebaik tiba di lokasi penghantar makanan itu terpaksa menunggu pelanggannya selama 10 minit berikutan wanita tersebut tidak mengangkat panggilan ketika cuba dihubungi.

"Penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali bagi memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi namun panggilan tidak dijawab."

"Wanita terbabit datang bagi mengambil makanan 10 minit kemudian sebelum 'rider' beredar pulang."

-Soffian-

Terima panggilan 20 minit lepas hantar

Bagi mengulas lanjut perkara itu, Soffian berkata kira-kira 20 minit kemudian suspek (suami kepada pelanggannya) menghubungi mangsa  kononnya mahu memulangkan semula makanan dan setibanya di perkarangan rumah, bermulalah pertengkaran antara penganggur itu dengan mangsa.

"Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya berkaitan penghantaran makanan dan berlaku pertengkaran antara kedua-duanya. Suspek kemudian memukul kepala mangsa dengan menggunakan penukul besi."

-Soffian-

Bagaimanapun, suspek telah ditahan di rumahnya pada jam 11.15 malam dan polis turut merampas penukul besi yang digunakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen