Geram Hilux ikut belakang, abang ambulans mengadu dekat polis guna 'speaker' jadi perhatian

Jika kita dapat lihat sesetengah pengguna jalan raya amat gemar mengambil kesempatan dengan mengikut belakang ambulans yang sedang memacu laju membelah kesesakan lalu lintas.

Ada sebabnya mengapa perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kita sedia maklum bahawa kenderaan tersebut membawa pesakit yang memerlukan mereka bergerak laju sedang kita yang tidak berkeperluan ini pula mungkin ada dikenakan saman kerana membawa melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat dan sebagainya.

Abang ambulans mengadu dekat Cik Polis

Namun, situasi itu masih lagi berlaku kepada seorang pembantu perubatan ini yang kebetulan berada di dalam ambulans tersebut dan tanpa disengajakan terdapat detik-detik mencuit hati di dalam rakaman tersebut.

 

 

Menerusi perkongsian individu yang dikenali sebagai hikumi_85, menyaksikan gelagat pemandu Hilux yang segera menukar lorong sewaktu speaker ambulans itu berbunyi, "Polis tolong saman kereta belakang ni, dia daripada tadi lagi ikut..."

Dan dalam pada masa yang sama kebetulan ada kereta polis di dalam kesesakan tersebut.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-ratanya turut ikut terhibur melihat situasi tersebut sekaligus mula menyamakan dengan situasi bila adik-beradik mengadu dengan ayah setiap kali disakat di dalam keluarga.

'Serius lawak'

'Kuat ngadu ni'

'Myvi pun pandai behave'

 

'Saman dapat malu dapat'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen