Bukan mudah untuk kekal bertahan dalam satu hubungan, walaupun dah bertahun-tahun bersama namun penghujungnya masih belum pasti.
Terutama apabila sudah mengikat tali pertunangan, tentunya dengan harapan hubungan tersebut berjaya hingga ke jinjang pelamin tapi hati manusia ini berbolak balik. Boleh jadi hari ini nak, besok dah tak nak pula.
Reda tunang berubah hati
Seperti gadis berusia 19 tahun ini apabila jodoh dengan tunangnya tidak berpanjangan membuat dia terpaksa reda akan ketentuanNya.
Menurut gadis cantik ini, dia terpaksa akur apabila lelaki yang berjanji menghalalkan hubungan mereka akhirnya mengangkat kaki dan pergi daripada hubungan mereka.
Persiapan hampir lengkap
Tambahnya, segala persiapan pun sudah 50% siap namun dia yakin bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebib baik buatnya kelak.
“Dah takde jodoh tak mengapalah saya redha. Preparation 50% but sokay Allah plan its better,” tulisnya di ruang kapsyen.
Meskipun ada mempertikaikan usianya yang terlalu muda sudah memikirkan soal kahwin, namun gadis ini membalas dengan tenang akan kecaman dari netizen. Selain turut menyamakan hubungan percintaan umpama solat terawih.
“Anggap ini ujian, baik menyesal sekarang”
Sehubungan dengan itu, melihat ke ruangan komen rata-rata netizen memberi kata semangat buat gadis ini dengan mendoakan agar mendapat pengganti yang lebih baik nanti.
Tinggalkan Komen