Sejak semalam, seluruh dunia mulai rasa kebimbangan dengan tragedi yang menimpa negara sebarang apabila kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 mengalami masalah sehingga menyebabkan ia tenggelam sejauh kedalaman lebih daripada 1000 meter.
Susulan insiden itu, krew kapal seramai 53 orang dikatakan hanya mampu bertahan selama 72 jam kerana oksigen didalamnya semakin berkurangan dan selepas berakhirnya tempoh tersebut, kemungkinan untuk kesemuanya terselamat daripada kejadian terbabit adalah tipis.
'Tiada kaitan dengan letupan'
Terbaharu, menerusi laporan yang dipetik daripada Awani, Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) menolak kemungkinan kapal selam KRI Nanggala 402 yang hilang rabu lalu di Perairan Bali meletup di dasar lautan.
Keyakinan itu dinyatakan Ketua Turus Angkatan Laut TNI iaitu Laksamana Yudi Margono susulan penemuan serpihan yang dipercayai dari kapal selam terbabit.
"Ia tiada kena mengena dengan letupan kerana, sekiraya letupan berlaku, kapal itu pasti musnah sepenuhnya bersama kesemua barangannya."
-Yudi Margono-
'Tiada yang terselamat'
Selain itu, dalam kenyataan Yudi juga ada memaklumkan bahawa kini operasi mencari dan menyelamat(SAR) kapal yang membawa 53 anak kapal itu memasuki fasa baharu dengan mengambil kemungkinan kapal itu telah tenggelam dan tiada yang terselemat.
Untuk makluman, beberapa buah negara turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit dan antaranya adalah Malaysia dan Singapura.
Tinggalkan Komen