"Dibenarkan rentas negeri atau tidak, semuanya akan diumumkan esok." -Ismail Sabri

Beberapa minggu lagi bakal menjelang Aidilfitri namun peningkatan kes harian terus mendadak sejak minggu lalu sekaligus terdapatnya kluster-kluster baru yang jelas sekali membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.

Kesan daripada itu, rakyat mula samar-samar melihat peluang bahawa kerajaan akan membenarkan rentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiilfitri pada tahun ini bersama keluarga yang jauh di mata.

Pengumuman SOP raya diadakan esok

Bagaimanapun, menerusi sumber yang dipetik daripada akhbar Sinar Harian hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan esok.

Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umumkan status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri."

-Ismail Sabri-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen