Gagal jaga penjarakan dan rentas negeri, Neelofa dan keluarga dikenakan kompaun RM60,000

Setelah beberapa minggu membuka kertas siasatan berhubung kes selebriti Neelofa yang dikatakan telah gagal menetapkan pematuhan SOP sewaktu majlis pernikahannya berlangsung akhirnya keputusan akhir telah dikeluarkan hari ini.

Dikompaun atas dua kesalahan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, selebriti juga usahawan Neelofa bersama suami serta 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas dua kesalahan yang mana kedua-duanya didapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan perintah kawalan pergerekan bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.

Suhubungan itu, berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar RM20,000 bagi dua kesalahan.

Kesalahan pertama ialah larangan pematuhan SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz di sebuah hotel terkemuka dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.

Tanpa sebarang diskaun

Selain itu, kompaun RM10,000 lagi dikenakan kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri sementara PU Riz pula dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran rentas negeri.

20 ahli keluarga turut terlibat

Menurut Mohamad Zainal dalam kenyataannnya, kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung seperti mana arahan Ketua Pengarah Kseihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen