"SOP Aidilfitri masih sedang diperhalusi lagi..." -Ismail Sabri

Hari ini telah berlangsungnya sidang media bersama dengan Menteri Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri berhubung dengan keadaan semasa wabak Covid-19.

Kes harian membimbangkan

Dalam sidang media tersebut, beliau telah memaklumkan bahawa terdapat beberapa kawasan yang masih mengekalkan status PKP, PKPB, PKPP dan juga PKPD sekaligus meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan kes baharu yang melonjak naik sejak minggu lalu.

SOP Aidilfitri sedang diperhalusi

Susulan perkara tersebut, menurut beliau dalam kenyataannya memutuskan bahawa aktiviti merentas negeri bagi menyambut perayaan tersebut adalah tidak dibenarkan.

Hal ini adalah kerana pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memperhalusi lagi SOP Aidilfitri ini berikutan melihat peningkatan kes semasa.

Di samping itu, Ismail Sabri ada memaklumkan bahawa SOP Aidilfitri akan diberitahu dalam waktu terdekat sekaligus meminta agar orang ramai terus mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedia ada bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen