“Lembutnya redakan isteri menangis...” - Shukri Yahaya dipuji seakan 'Khuzairi in real life'

Oleh: Zuzu Yasmine

Shukri Yahaya yang terkenal dengan watak lelaki romantis di kaca televisyen sememangnya memukau sesiapa sahaja yang menonton setiap lakonannya.

Sebelum ini, pelakon berusia 33 tahun itu pernah memegang watak Khuzairi melalui drama ‘7 Hari Mencintaiku’. Namun, siapa sangka bahawa watak tersebut ternyata seakan-akan dirinya yang sebenar.

'Khuziri real life'

Perkara tersebut menjadi perhatian netizen selepas terlihat gelagat pelakon kacak itu di dalam rakamanan video live Instagram milik isterinya Tya Adnan.

Difahamkan, awalnya isteri pelakon itu sedang membuat tutorial makeup sambil bercerita mengenai Allahyarham ibunya namun, dia gagal menahan sebak malah turut menangis sambil disaksikan viewer.

Buat-buat tanya

Bagaimanapun, tanpa disangka Shukri Yahaya tiba-tiba datang menjengah ke bilik tersebut dan seolah-olah ingin mengacau isterinya. Namun, ramai yang menyifatkan bahawa pelakon ini tidak mahu isterinya terus bersedih.

"Rupanya dia lagi sweet dengan Kak Tya"

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu serta menyamakan seperti Khuzairi akan gelagat yang ditunjukkan oleh pelakon tersebut. Selain turut mendoakan agar pasangan ini terus bahagia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen