Terima hakikat dan berlapang dada, rentas negeri sempena Aidilfitri tidak dibenarkan

Menerusi sidang media semalam oleh Datuk Seri Ismail Sabri, telah beliau mengumumkan bahawa aktiviti merentas negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali ketika menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Orang ramai diminta berlapang dada

Selain itu, Menteri Besar Kedah iaitu Muhammad Sanusi Md Nor tampil dalam satu kenyataan hari ini meminta agar semua pihak termasuk ibu bapa di kampung berlapang dada dan menerima hakikat keputusan kerajaan tidak membenarkan rentas negeri.

"Lebih baik tidak balik kampung, tetapi nyawa masih di badan daripada balik dan menyebabkan orang kampung meninggal dunia atau terkesan akibat Covid-19."

"Sebarang keputusan dibuat kerajaan tidak lain tidak bukan adalah untuk kebaikan orang ramai. Mungkin ada sesetengah yang terjejas, tetapi ia terpaksa dilakukan demi kepentingan semua."

-MB Kedah-

Tidak mahu perkara dulu berulang

Mengulas lanjut perkara tersebut, kerajaan negeri itu juga yakin keputusan dibuat berdasarkan pengalaman kerajaan sebelum ini, apabila membenarkan rakyat melakukan aktiviti rentas negeri sehingga menyebabkan berlaku peningkatan kes drastik.

"Ada pertimbangan tertentu dibuat kerajaan apabila tidak membenarkan rentas negeri. Ibu bapa saya sendiri pasti sedih kerana daripada 13 anak cuma saya saja berada di Kedah dan dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka."

"Perkara sama tentu berlaku kepada ibu bapa orang lain, tetapi kita kena reda dan menerima norma baharu agar semua pihak selamat."

-MB Kedah-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen