Gagal sediakan pengimbas suhu dan MySejahtera, pemilik kafe dikompaun RM50,000

Sejak akhir-akhir ini, isu berkenaan kompaun terus menjadi bualan rakyat jelata susulan nilainya yahg jelas sekali berada di luar kemampuan para peniaga tersebut yang mana perniagaan mereka hanyalah kecil-kecilan sahaja dan keuntungan yang diperoleh pula hanya sekadar cukup untuk menyara kehidupan keluarga mereka.

Pemilik kafe dikompaun

Pun begitu, belum reda lagi isu kompaun tetapi seorang lagi pemilik premis sebuah kafe di Kelantan turut dikenakan kompaun dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM50,000.

Kejadian tersebut diceritakan sendiri oleh pengurus cawangan kedai kopi, Naskeen Coffea terbabit yang dikenali sebagai Ammar Aiman apabila dia telah menerima kompaun itu pada 21 April lalu selepas polis mendapati tempat dia bekerja itu tidak mengawal kemasukan pelanggan, tiada mengimbas suhu, tiada imbasan kod aplikasi MySejahtera dan membenarkan pelanggan minum di meja.

Resah memikirkan nilai kompaun

Di samping itu, dia akui sejak menerima notis tersebut hidupnya menjadi tidak tenang setiap kali memikirkan jumlah bayaran yang perlu dilunaskan.

"Jumlah itu sangat banyak. Sekiranya diberikan potongan sebanyak 50 peratis sekali pun, berkemungkinan besar saya masih tidak mampu untuk melunaskan bayaran itu."

"Sejujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan itu kerana polis mengeluarkan notis tersebut tanpa budi bicara dan menyelidik keadaan sebenar secara terperinci."

-Ammar-

Pelanggan juga dikompaun

Menurut Ammar, sewaktu kejadian, dua orang pelanggan lelaki yang merupakan adik-beradik sedang menunggu tempahan makanan mereka siap sambil duduk di kerusi dalam keadaan penjarakan fizikal.

"Pada jam 9.30 malam, anggota polis tiba dan menyuruh pelanggan terbabit kekal di tempat duduk asal sebelum bertanya sama ada mereka menggunakan aplikasi MySejahtera atau tidak.

"Kedua-dua pelanggan itu, mengaku tidak mengimas kod My Sejahtera tetapi mereka menulis kedatangan dalam buku log. Bagaimanapun, polis tetap mengeluarkan satu notis kompaun sebanyak RM1,500 kepada salah seorang daripada mereka."

-Ammar-

Harap nilai kompaun dikurangkan

Bagaimanapun, pemilik Nakeen Coffea sendiri iaitu Nazif Abdul Aziz berkata pihaknya sudah mengemukakan rayuan kepada KKM untuk pengurangan kompaun yang dikenakan terhadap kakitangannya itu.

Tambahnya, dia tidak akan lepas tangan terhada kompaun tersebut sebaliknya akan berusaha  untuk melunaskannya sekaligus berharap agar rayuan mereka diterima kerana perlu memikirkan juga bayaran gaji kepada 160 orang staff kafe tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen