Akui kelemahan diri, Nabila Razali terkilan bakat nyanyian dibandingkan dengan Saloma

Memang tak dinafikan, berada di dalam industri hiburan ini memang akan berdepan dengan pelbagai cabaran serta kontroversi dan sebagai seorang selebriti jelas sekali kita perlu kuat mental dan fizikal untuk mendepani situasi tersebut.

Bercerita tentang kontroversi, pelantun kepada lagu berjudul Peluang Kedua ini amat kental berdepan dengan perkara tersebut apabila sekali lagi bakat nyanyiannya menjadi bahan seorang pengguna Tiktok dan reaksi Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella nampaknya masih tenang mengulas isu tersebut.

Bakat nyanyian dibandingkan

Bella ada memuat naik video tersebut di Insta Story dan menurutnya video itu telah dikirim daripada seseorang yang menyaksikan individu berkongsi ulasan pensyarahnya mengenai kemampuan Nabila yang mengambil masa setahun untuk belajar menyanyi berbanding Saloma dan beberapa penyanyi veteren terdahulu yang hanya mengambil masa sehari.

Akui kelemahan diri

Tidak mahu memanjangkan isu tersebut, Nabila Razali dengan rendah dirinya tampil memuat naik kenyataan yang mengakui akan kelemahan dirinya namun, tidak bermakna orang boleh sesuka hati untuk bertindak demikian sehingga boleh menjatuhkan semangatnya.

Bagaimanapun, menurut Bella dia tidak tahu apa niat di sebalik video tersebut tetapi dia lebih memilih untuk abaikan serta memaafkan tindakan individu terbabit lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen